Wednesday, 21 May 2014

TUAN GURU AMINUDIN HJ. ANWAR




Guru Utama PSGFM kedua adalah Tn. Guru Aminuddin b. Haji Anuar. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia. Merupakan ahli seumur hidup PSGFM (No. Ahli: 1400) sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan.
Pemilihan beliau selaku Guru Utama pernah dihasratkan oleh Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab semenjak tahun 1999 lagi. Naman disebabkan pendirian beliau yang menghormati Allahyarham sebagai pemimpin utama sebuah persilatan yang masyhur ketika hidupnya, beliau hanya menerima tugas ini setelah ketiadaan beliau. Tugas ini diterima dengan penuh sabar dan amanah dalam meneruskan kesinambungan silatmelayu warisan bangsa Malaysia ini. Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’.
Beliau kini telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Majnah Abdillah dan beralamat di Sandakan, Sabah. Sebelum menerima jawatan ini beliau pernahbertugas dalam bidang perniagaan, dan perkhidmatan  silatprofessional.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai beliau:
Pengalaman Bertugas:
1. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, Kuala Lumpur (Graphic Artist) -1991/95
2. BOLD PLATFORM (Computer Graphic, Artist) -1995
3. SMART READER, English Children’s Books (Illustrator and Computer Artist) -1996
4. UTUSAN MALAYSIA BERHAD (Computer Graphic, Artist) -1997
5. TAKAFUL NASIONAL SDN. BERHAD (Insurance Agent Life/General) -2003/05
6. PROTON EDAR SDN BHD, SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN
(Sales Advisor, Secretary of Safety PESB, Sandakan) -2008
7. RIGHTPOWER SDN. BHD SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN (Sales Advisor, Sandakan) -2010
Pendidikan:
1. SIJIL RENDAH PELAJARAN —1986 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor)
2. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA -1989 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor)
3. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA -1991 (INSTITUTE CAHAYA MALAYSIA)
4. MENSA INSTITUTE OF ART DESIGN -1992
5. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PENANG -1995
6. COSMOPOINT COMPUTER GRAPHIC DESIGN, K.LUMPUR -1996/97
Pengalaman, Jawatan dan Kejayaan Silat :
1. Guru Utama ke-2, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Pewaris Silat Malaysia yang di asaskan oleh Al-Marhum Tn. Hj. Anuar Hj. Abd. Wahab (AMN)
2. Ahli Majlis Perguruan PSGFM
3. YDP Silat Malaysia (SSM)
4. YDP Pesaka Sandakan, Sabah
5. Pengerusi Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS)
6. Setiausaha, Majlis Jurulatih PSGFM (Mantan)
7. Penasihat, Pusat Cemerlang Silat (PCS)
8. Guru SilatSilat Malaysia PSGFM
9. Program khas Silat di School Of Silat, 5 Negara di Eropah.
Berpengalaman luas dalam membentuk pasukan dan program silat.
1. Juara Silat Kebangsaan dan Peringkat Sedunia, Silat Solo Putera
- (Gold Medal) 1992, Selangor
- (Gold Medal) 1994, Penang
- (Gold Medal) 1995, Terengganu
- (Bronze Medal) 1992, Jakarta, Indonesia
- (Silver Medal) 1994, Hatyai, Thailand
Kursus yang dikendalikan:
- Kursus Kejurulatihan Silat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Teknikal Perwasitan Silat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Silat Seni Solo dan Senjata (PCS)
- Kursus Silat Olahraga, Teknikal dan Perwasitan SOR
- Bengkel Motivasi Silat Untuk Pelajar Sekolah (Pangkor)
Program Pertandingan yang Pernah dikelolakan:
- Open Silat Olahraga UIA, Petaling Jaya
- Invitasi Silat Lima Penjuru Sekolah-Sekolah Hulu Langat
Silat Melayu PSGFM, Selangor Darul Ehsan
Silat Olahraga dan Seni Silat PSGFM Selangor
- Ketua Pertandingan Silat Terbuka UMS Sabah
Membangunkan Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS) di Kota Kinabalu, Nov. 2009.
Menggerakkan dan selaku YDP Pesaka Sandakan meneruskan program Silat Malaysia sebagai tunjang program di Sabah dan Sarawak.
Kelas Silat Malaysia :
- Kompleks Sukan Sandakan, Jln Sibuga Sandakan
- Kompleks Sukan Putatan, Kota Kinabalu
- S.R.K Sungai Anib 3, Sandakan
- S.M.K Elopura 2, Sandakan
Perancangan Jangka Panjang :
Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah menetapkan bahawa Indonesia, Malaysia, Brunai dan Singapura sebagai negara pendiri PERSILAT kerana di negara berkenaan terdapat aliran pencak silat yang memang mempunyai badan induk di Indonesia.
Organisasi pencak silat Indonesia dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (1948) dan Indonesia telah mengiktiraf pencak silat sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia.
Oleh itu semua badan pendiri PERSILAT mengamalkan dan membangunkan pencak silat.
Sebagai rakyat Malaysia yang ingin merealisasikan pembangunan silat Melayu beridentitikan Malaysia yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut telah meningkatkan pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat di kenali sebagai Kurikulum Silat Malaysia maka adalah wajar kita menggembeling tenaga menjadikan sukatan kurikulum silat ini dilaksanakan secara menyeluruh bermula dari peringkat dasar hingga IPTA dan Belia seterusnya mengangkat Silat sebagai Seni Beladiri Rasmi dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara.
Maka satu usaha meneruskan, membangunkan dan mengembangkan aliran silat Melayu tradisi semenanjung atau silat asli tempatan versi Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa. Memartabatkan Malaysia sebagai negara silat dengan mewujudkan Persekutuan Silat Antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan silat sedunia.
Diharapkan kita berupaya dan mampu melaksanakan tugas dengan ikhlas, gigih, berani, harmoni, jujur, bijaksana, setia kawan demi kecintaan kepada Silat.
Di atas segala usaha melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan oleh Pertubuhan yang juga Perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia dikurniakan rahmat, keredhaan dan di berkati dari Allah s.w.t., Insyallah.
rujukan:
http://senigayungfatani.com/perguruan/artikel/guru-utama-aminuddin-anuar/

No comments:

Post a Comment