Wednesday 21 May 2014

TOKOH SENI SILAT MALAYSIA

      Allahyarham Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN

                                          
PENGENALAN


Silat merupakan seni bela diri bangsa melayu dan nusantara yang telah wujud sejak sekian lama . Silat merupakan jati diri bangsa melayu . Di Malaysia khususnya, terdapat banyak jenis pertubuhan silat yang wujud dan antaranya ialah Silat Seni Gayung Fatani Malaysia . Tuan guru bagi pertubuhan Silat Seni Gayung Fatani Malaysia ialah Tuan Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab . Beliau dikenali sebagai  “Pendita” dikalangan komuniti  Silat Seni Gayung Fatani Malaysia . Beliau merupakan tokoh silat yang sangat disegani dalam dunia persilatan di dalam negara mahupun antarabangsa . Pelbagai sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau dalam pembangunan silat di dalam negara mahupun antarabangsa.



 BIODATA

Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN

Nama penuh beliau ialah Anuar bin Abdul Wahab . .Beliau dilahirkan pada tanggal 23 Desember 1945 di Bagan Tunjang ,Sabak Bernam ,Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam dan kedua-duanya terletak di Sabak Bernam, Selangor. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur. Telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara dengan membawa gelaran/singkatan (A.M.N.). Beliau juga dianugerahkan gelaran Pendita oleh majalah senibeladiri terkemuka negara majalah Seni Beladiri di atas segala jasa dan sumbangan beliau di dalam dunia persilatan
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab meninggal dunia pada tanggal 10 Mac 2009 pada jam 6.10 petang di Hospital Kajang di Selangor. Berita mengenai kematian beliau memberi kejutan kepada komuniti silat di tanah air mahupun antarabangsa. Sebelum beliau meninggal dunia beliau sempat menyiapkan buku terakhirnya iaitu ‘SILAT’ yang mengambil masa setahun dalam menyiapkannya. Buku tersebut menjadi rujukan utama untuk Persatuan Seni Gayung Fatani dalam mempelajari mengenai sejarah dan pengajaran silat.







TAHAP PENDIDIKAN

Beliau menyambung pengajian dalam pengajian iktisas dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis pada tahun 1965-1966 . Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam peringkat Diploma Sarjana M.A  Pengajian Islam pada tahun 1985 di UKM . Beliau seterusnya mendapat  Sarjana M.A.  di UKM pada tahun 1987 dalam bidang persuratan. Beliau pakar dalam pendidikan jasmani , seni dan kesusteraan . Ketika pengajian, beliau telah mengambil kursus dalam bidang :
1. Art (MPIK)
2. Dakwah Islam (JPM)
3. Grafik Animasi untuk Filem (IPTAT)
4. Pendidikan dadah
Beliau merupakan seorang guru bersara dalam bidang pendidikan jasmani, seni dan sastera, dan merupakan ahli kakitangan di Selangor KBSM Art Source.




 PENGLIBATAN TOKOH DALAM DUNIA SILAT





PENGLIBATAN AWAL DALAM SENI SILAT
Semenjak 1957, Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab  telah mempelajari beberapa seni silat dan antaranya ialah Silat Harimau, Silat Cekak, Silat Sendeng, Silat Kuntau Betawi dan Seni Silat Helang Sewah di Kampung Hutan Melintang, Perak. Pada tahun 1965, beliau mempelajari Seni Silat Gayung Fatani di Sabak Bernam. Pada tahun 1976, beliau telah menubuhkan pertubuhannya sendiri iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan telah menjadi pengerusi dan Mahaguru dalam pertubuhan tersebut . Pada tahun 1983, melalui usaha Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab , Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah menjadi ahli kepada Pesekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).


PENGLIBATAN DALAM PESAKA
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah menjadi Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan Perguruan Pesaka Selangor. Beliau seterusnya telah menubuhkan “Silat Olahraga” pada peringkat negeri dan kebangsaan.  Beliau pada ketika itu merupakan  jurulatih dan juri pengadil bagi silat olahraga  sejak 1984-2004  . Beliau juga mengasaskan “Silat Seni” pada peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau juga merupakan jurulatih dan juri pengadil bagi Silat Seni  sejak 1995 . Selain itu , beliau juga turut mengasaskan “ Kursus Muzik Silat Baku Malaysia”  dan beliau  merupakan hakim untuk Pergendangan Silat ( Muzik Silat Baku Malaysia) di Kedah pada tahun 2002-2004 . Selain itu beliau menganjurkan  kursus jurulatih dan hakim “Silat Seni” bagi sekolah - sekolah di seluruh Malaysia yang merupakan kursus untuk jurulatih, pengadil dan juri di peringkat sekolah di Maktab Teknik Kuala Lumpur.. Beliau juga menjadi Pengerusi Teknikal Kejohanan Silat Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 1987 dan Pengerusi Teknikal ke-14 bagi Sukan SEA Kuala Lumpur.




PENGLIBATAN DALAM PERINGKAT SEKOLAH
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab  telah melibatkan diri dalam ko-kurikulum peringkat sekolah. Beliau pada ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Teknikal pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Kejuaraan Silat  Kuala Lumpur. Beliau  menjadi hakim bagi Silat Seni di sekolah-sekolah pada peringkat negeri  dan kebangsaan. Beliau juga mengadakan kelas silat di sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah di negeri-negeri di Malaysia dan melibatkan dirinya dalam program silat sekolah. Beliau juga merupakan jurulatih silat pada peringakat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ramai antara anak didiknya yang memperoleh kejuaraan pada peringkat kebangsaan mahupun anatarabangsa.  Beliau telah membangunkan silat di peringkat sekolah dengan mewujudkan satu kurikulum  terhadap pendidikan silat di peringkat sekolah.





PENGLIBATAN SILAT PADA PERINGKAT ANTARABANGASA
Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah memegang jawatan sebagai setiausaha kepada penajaan pembentukan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di Jakarta, Indonesia. Beliau juga telah menjadi jurulatih silat kepada beberapa negara seperti Austria, Switzerland, Perancis, Norway, Romania, Morocco dan Jerman untuk mengembangkan silat di negara mereka. Antara usaha beliau dalam mengembangkan seni silat pada peringkat antarabangsa adalah dengan mengadakan seminar dan bengkel di peringkat antarabangsa  seperti Perancis, Switzerland, Austria, Jerman dan Korea Utara. Beliau juga merupakan jurulatih  bagi Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) . Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab juga telah melatih pasukan silat  antarabangsa seperti Thailand dan Vietnam.


 KETOKOHAN




Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab  merupakan tokoh silat yang amat disegani di kalangan komuniti silat di dalam negara mahupun antarabangsa . Beliau yang merupakan pengerusi dan mahaguru bagi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah mengetuai pertubuhan tersebut dengan jayanya . Pelbagai kemajuan yang telah dilakukan beliau sepanjang menerajui pertubuhan tersebut sehingga dikenali di peringkat negara mahupun antarabangsa. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan Perguruan Pesaka Selangor . Melalui PESAKA , beliau telah mengasaskan silat olahraga dan Kursus Muzik Silat Baku Malaysia . Pada peringkat antarabangsa pula, memegang jawatan sebagai setiausaha kepada penajaan pembentukan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di Jakarta, Indonesia. Beliau juga telah menjadi jurulatih silat kepada beberapa negara seperti Austria, Switzerland, Perancis, Norway, Romania, Morocco dan Jerman untuk mengembangkan silat di negara mereka.
           



SUMBANGAN DALAM BIDANG PENULISAN




Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab telah menulis buku persilatan yang bertajuk “Silat Olahraga” dan “Teknik Silat Melayu” dan buku tersebut telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku tersebut telah  dikeluarkan dalam dua bahasa untuk edaran tempatan  antarabangsa. Karya terakhir beliau bertajuk “Silat-Sejarah perkembangan kurikulum silat melayu tradisi dan pembentukan kurikulum silat malaysia moden” menyingkap secara lengkap sejarah pembentukan kurikulum silat dan pembentukan Silat Malaysia yang kini telah dijadikan kurikulum silat PSGFM dengan nama Kurikulum Silat PSGFM Piawaian 2000.

No comments:

Post a Comment